Thursday, December 9, 2010

Laptop Penyebab Kanser Lutut

wahai sayang-sayang sekalian gerun la dengan title kat atas tu. sebab apa laptop menjadi penyebab kanser kulit?
selalu aku yang pemalas sakit pinggang nak duduk depan laptop lama-lama akan baring bersama laptop.bukan meniarap, tapi baring ok..laptop kat atas pastu aku online la..buruk perangai!


rupa-rupanya ada kesan buruk.baru nak sedaq apa la aku..terok la!.


Bukan apa, ada laporan mengatakan tabiat menggunakan komputer riba atau laptop di atas paha ini boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar – memetik laporan penyelidik dari Switzerland.
apakah sindrom kulit terbakar tu?


  1. Warna kulit tidak sekata
  2. Kulit berbintik-bintik

Semuanya kerana terdedah kepada kepanasan atau bahang panas dalam tempoh yang lama. Lebih-lebih lagi jika komputer riba bersentuhan secara langsung (tiada kain/lapik) di antara kulit dan komputer korang.



  • Suhu di bahagian bawah komputer riba boleh mencecah sehingga 52 darjah Celsius.
  • Antara penyumbang salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.
  • Secara umumnya tidak berbahaya, bagaimanapun kulit boleh menjadi gelap secara kekal.Kesian paha yang putih melepak tu jadi gelap.
  • Juga boleh menyebabkan kanser kulit pada bahagian yang terdedah.
  • Sindrom pernah berlaku di kalangan pekerja yang berada terlalu dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca.

0 comments:

Post a Comment